Putera Edward, Duke Edinburgh
Putera Edward, Duke Edinburgh

Putera Edward, Duke Edinburgh

Putera Edward, Duke Edinburgh, KG, GCVO, CD, ADC (Edward Antony Richard Louis; diputerakan 10 Mac 1964)[2] ialah ahli keluarga diraja British. Baginda ialah paduka anakanda bongsu kepada Ratu Elizabeth II dan Putera Philip, Duke Edinburgh, serta paduka adinda termuda kepada Raja Charles III. Edward kini berada di tempat ke-13 dalam susur galur pewarisan takhta British.Edward, yang diputerakan di Istana Buckingham, bersekolah di Heatherdown School dan Gordonstoun College sebelum menghabiskan sebahagian daripada tahun jurangnya mengajar di Whanganui Collegiate School di New Zealand. Baginda belajar di Jesus College, Cambridge, dan lulus dari Universiti Cambridge pada tahun 1986 dengan ijazah dalam sejarah. Selepas berkhidmat sebentar di Marin Diraja, Edward bekerja sebagai pembantu penerbitan teater di Really Useful Theatre Company sebelum membantu dalam penerbitan televisyen. Baginda kemudiannya menubuhkan syarikatnya sendiri, Ardent Productions.Edward berundur daripada syarikat itu pada 2002 untuk memulakan tugas sepenuh masa sebagai ahli keluarga diraja yang bekerja dan menjalankan penglibatan awam bagi pihak Ratu. Baginda memegang naungan lebih 70 badan amal dan organisasi, termasuk National Youth Theatre, Sport and Recreation Alliance dan Persatuan Paralimpik British. Kerja amalnya memfokuskan pada seni, olahraga, dan pembangunan Anugerah Duke Edinburgh, yang berpusat di sekitar kecergasan, kesejahteraan dan khidmat masyarakat.Edward telah dijadikan Earl Wessex sebelum berkahwin dengan Sophie Rhys-Jones pada tahun 1999. Pasangan itu mempunyai dua anakanda: Lady Louise Mountbatten-Windsor dan James Mountbatten-Windsor, Viscount Severn. Pada 2019, Edward diberi gelaran tambahan iaitu Earl Forfar.

Rujukan

WikiPedia: Putera Edward, Duke Edinburgh http://www.imdb.com/name/nm0921844/ http://uli.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=NL... http://id.worldcat.org/fast/1761782/ http://mak.bn.org.pl/cgi-bin/KHW/makwww.exe?BM=1&N... http://www.royal.gov.uk/ThecurrentRoyalFamily/TheR... http://www.royal.gov.uk/output/page5561.asp https://www.britannica.com/EBchecked/topic/639997 https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb123797115 https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb123797115